|
Acara selepas satu majlis pertunangan di Kg. Lintuhun, Tambunan pada akhir bulan Ogos 2009 lalu. LOKASI Kampung Lintuhun, terletak hampir dengan pekan Tambunan. Antara kampung yang berada di sekeliling dan hampir dengan kampung ini adalah seperti Kampung Pomotodon, Kg. Dalungan, Kg. Sandapak, Kg. Mogong dan Kg. Papar ASAL -USUL NAMA KAMPUNG LINTUHUN, TAMBUNAN Kampung Lintuhun terletak berhampiran dengan kawasan Pekan Tambunan. Kampung Lintuhun tidak termasuk dalam kawasan perkadaran Majlis Daerah Tambunan. Semasa penyakit “Cacar” terjadi dikawasan ini. penduduk yang menghuni kampung ini pada ketika itu telah berpindah ke kawasan “Kawakaan”. Mereka menyebutnya “Lumintuhun” yang bermaksud keluar atau turun dari tempat asal. Semasa peperangan kaum pula kononnya penduduk ini begitu bersatu hati dengan melawan musuh dengan berani. Bila sahaja musuh datang mereka turun dari rumah untuk melawan musuh yang datang dengan berteriak “Kanou Tumuhun” yang bermaksud “mari turun”. Orang-orang yang berasal Kg.Piasau, Botung, Kawakaan, Maang,Garakan serta beberapa buah kampung kecil datang menetap di kampung ini juga memanggil penghijrahan mereka itu sebagai “Luminintuhun” yang bermaksud turun dari rumah dan kampung. Mereka menetap di kampung ini. Berdasarkan daripada beberapa perkataan dalam bahasa Dusun tadi, timbullah nama “Kg.Lintuhun” yang digunakan sehingga sekarang. Dari segi penduduk pula,pada awalnya kampung ini diduduki oleh hanya seorang pemuda bernama Buhingking.Penduduk lain pula berasal dari Kg.Piasau, Botung, Kawakaan, Maang, Garakan di sebelah Kaingaran, Kipaku dan ada juga daripada Nouduh. Buhingking kemudiannya berkahwin dengan seorang anak gadis yang berhijrah ke kampung ini, yang telah menghasilkan dua orang anak yang bernama Maidou dan Andarah. Anak cucu keturunan Buhingking ini masih ada di kg.Lintuhun seperti mendiang Yunjalan dan Yunjalai. Keturunan mereka ini pula khususnya yang masih hidup sehingga sekarang ialah en.Jiwol Yunjalan dan en.Philip Panis Yunjalai. Semasa peperangan Mat Salleh dengan penjajah Inggeris di Tambunan, ramai orang mencari perlindungan. Kebanyakan mereka menjadikan Kg.Lintuhun sebagai tempat persembunyian dengan mendirikan kubu pertahanan di sekeliling kampung ini. Di antara keturunan pahlawan-pahlawan terbilang yang berjuang mempertahankan kampung ini dari serangan musuh ialah Gundorong yang dipanggil oleh penduduk kampung Lintuhun dari Kg.Kipaku untuk membantu mempertahankan kampung ini. Keturunan Gundorong ini masih ada di Kg.Lintuhun seperti En.Awot Gundorong , En.John J.Pani , dan Bernard Ajun. 4.0 SEJARAH PENTADBIRAN KAMPUNG 4.1 PENUBUHAN KETUA KAMPUNG. Mengikut sejarah, Ketua Kampung Kg. Lintuhun, telah ditubuhkan pada tahun 1925. Ketua Kampung yang pertama ialah mendiang Gundorong b. Lumagan, yang bertanggungjawab menguatkuasakan peraturan-peraturan dan adat istiadat kampung yang diwarisi daripada nenek moyang. Berikut adalah senarai Ktua Kampung Lintuhun:
Senarai nama Ketua Anak Negeri (KAN) yang pernah mentadir:
.2 PENUBUHAN JKKK KG.LINTUHUN. JKKK kampung Lintuhun telah ditubuhkan dengan rasminya oleh kerajaan USNO pada tahun 1971. Pengerusi JKKK yang pertama bagi Kg.Lintuhun ialah mendiang Patrick Pani Gundorong
Cara-cara menjaga kuku: Petua menjaga kuku: Hello, selamat datang ke laman blog saya. Hari ini saya akan menceritakan tentang kuku. Ramai orang tidak mengindahkan tentang pentingnya penjagaan kuku. Minggu ini saya telah di minta oleh rakan-rakan untuk membentuk kuku mereka. Memang banyak tahap kebersihan dan penjagaan kuku yang saya jumpa. Ada kuku yang dijaga dengan rapi, tidak kurang juga kuku yang tidak dijaga. Pernah saya dipanggil orang beberapa orang ibu untuk membentuk kuku kaki mereka. Astaga.., saya terkejut melihat kuku kaki beberapa orang dari mereka. Bukan untuk memburuk-burukkan tetapi kenyataannya ada kuku mereka macam “kuku kerbau” maksudnya kotor dan tidak terurus. Maklumlah kerja rutin mereka mengerjakan sawah. Mungkin tanah lumpur di sawan merosakkan kuku. Walaupun begitu kita mesti mengambil perhatian tentang kuku. Terutamanya kebersihannya. |
|||||||||||||||||||||||||||||||



Entries (RSS)